| Latarbelakang Institut Latihan Belia Sejahtera (ILBAS) |
| Berita |
| Written by Editor Warta |
| Wednesday, 05 December 2012 13:15 |
JITRA – Institut Latihan Belia Sejahtara (ILBAS) merupakan projek kerajaan negeri yang diilhamkan oleh Menteri Besar, YAB Dato’Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak bagi memenuhi keperluan pusat latihan di dalam negeri.
Melahirkan belia dan beliawanis yang bersahsiah tinggi, berwawasan dan berpengetahuan dalam pelbagai bidang di samping berkemampuan berdikari serta mempunyai kecerdasan mental dan fizikal, menjadi visi dan misi Institut Latihan Belia Sejahtara (ILBAS). Di tanah seluas 146 ekar di Kampung Paya Pahlawan, ILBAS mampu menjadi pusat latihan yang mampu menampung seramai 100 orang peserta dalam satu masa. Pembangunan ILBAS dirancang melalui 2 Fasa yang melibat bahagian latihan dan infrastuktor lengkap di Fasa 1 dan membangunkan resort di seberang tasik dengan kemudahan 20 chalet terapung di Fasa 11. ILBAS menawarkan kursus-kursus seperti kejurulatihan, kepimpinan, kekeluargaan, keusahawanan dan teknologi maklumat. Selain itu ILBAS turut menyediakan pelbagai kemudahan bagi aktiviti berkumpulan, seminar, mesyuarat, program syarikat, kem motivasi dan juga sebagai tempat percutian keluarga. Sementara itu aktiviti lasak dan fizikal juga menjadi perhatian di institut ini. Antara kemudahan aktiviti yang disediakan ialah kayak, jungle tracking, rakit, berbasikal, rentas air, 10 halangan, abseiling, flying fox dan jet ski. Perkhidmatan yang ditawarkan terbahagi kepada tiga pakej iaitu pakej koparat, kerajaan dan pelajar. ILBAS juga menyediakan peralatan lengkap untuk mengadakan mesyuarat, 14 buah rumah tamu dan empat dorm yang boleh menampung seramai 200 orang. Selain itu menyediakan kawasan perkhemahan yang boleh menampung 500 orang peserta dan terdapat dua jenis tapak iaitu khemah PLNK dan khemah out door. Di samping itu ILBAS mempunyai pasarana yang lengkap termasuk bangunan pentadbiran, dewan makan, surau, dewan utama, padang kawad, padang permainan, kelas-kelas, bengkel, makmal komputer, ruang aktiviti lasak, kuaters pegawai serta kakitangan dan balai pengawal. ILBAS yang diletakkan dibawah pengelolaan PMBKed dan UPEN dijangka akan mendapat sambutan yang menggalakkan dari pelbagai agensi samada kerajaan mahu pun swasta untuk mengadakan program atau kursus-kursus. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi talian 04-9163391 atau layari email ke This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view itWebsite Design Brisbane
|

























