| Masanya sampai untuk Pakatan Rakyat |
| Pendapat |
| Written by Editor Warta |
| Monday, 31 December 2012 15:46 |
Oleh Banteng Hijau Dalam politik, begitu juga dengan kehidupan itu sendiri, ada masa turun dan naik. Sementara pegangan seseorang juga boleh berubah dari masa ke semasa mengikut keadaan apa yang mempengaruhinya.
Kalau melihat sejarah politik bukan saja di Malaysia, perubahan sikap politik tokoh ada kalanya berubah. Itu bukanlah sesuatu keanehan. Penyokong juga berubah.Tetapi tidak kurang pula yang tidak berubah, malah berpegang teguh pada prinsip asalnya. Namun begitu, perubahan prinsip juga adalah lumrah. Di Malaya atau Tanah Melayu, tanah air tercinta ini kemudian berkembang menjadi Malaysia, tetapi tergugur dua wilayah asalnya, Singapura dan Brunei, perjuangan politik muncul dalam pelbagai kumpulan, garis besarnya adalah menurut kaum dan negeri. Bagi orang Melayu di Tanah Melayu, wadah perjuangan paling awal ialah Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang bermula sebagai gerakan pembangkang anak-anak muda menentang penjajah Britain. Itu permulaannya. Tetapi matlamatnya adalah untuk membela rakyat supaya memperoleh keadilan. Seperti organisasi lain, KMM juga ada membuat kesilapan yang ketika keputusan dibuat adalah suatu yang dapat diterima. KMM bekerjasama dengan Jepun menentang Britain. Jepun menjanjikan kemerdekaan di bawah gagasan Perkesemakmuran Asia Raya. Jepun tipu dan mereka membekukan KMM. Maka ada juga anggota KMM turut berjuang menentang Jepun dengan bekerjasama pada Tentera Rakyat Malaya Menentang Jepun (MPAJA) pimpinan Parti Komunis Malaya (PKM). Apabila Jepun berasa mereka akan kalah, maka bersedia untuk memberikan kemerdekaan pada Malaya dengan KMM berusaha untuk berpakat dengan Partai Nasional Indonesia (PNI) supaya Malaya disatukan di dalam Indonesia Raya. Dengan bantuan Jepun, KMM menubuhkan pasukan bersenjata Pembela Tanah Air (Peta) bagi mempertahankan kemerdekaan. Semuanya itu tidak sempat. Jepun menyerah kalah. MPAJA yang dikenali sebagai Bintang Tiga yang merupakan simbol Melayu, Cina dan India mengambil alih. Tindakan membalas dendam terhadap tali barut Jepun secara membabi buta, termasuk orang KMM merosakkan hubungan kaum di Malaya. Atas arahan Kesatuan Soviet yang bersekutu dengan Britain, PKM menyambut kembali penjajah itu yang menguasai semula Malaya melalui Pentadbiran Tentera Britain (BMA). Jepun pula ditakluk oleh Amerika Syarikat dan mengenalkan sistem demokrasi. Kecuali fasis dan nasionalis, parti-parti lain dibenarkan, termasuklah Parti Komunis Jepun (JCP). Tetapi Amerika menyokong Parti Demokratik Liberal (LDP) yang menang pilihan raya dan menguasai negara itu sehinggalah pada tahun 2009. Rakyat Malaya juga bersedia untuk mewujudkan negara merdeka dengan menubuhkan parti-parti politik. Bekas anggota KMM dan lain-lain orang Melayu menubuhkan Partai Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) mengikut inspirasi PNI. Britain memperkenalkan Kesatuan Malaya, atau yang dikenali sebagai Malayan Union. Pada mulanya PKMM menyokong kerana menyangkakan bahawa ia merupakan langkah awal ke arah mewujudkan negara demokratik dan merdeka. Apabila didapati bahawa ia bertujuan untuk meneruskan kolonialisme, PKMM menyertai Umno bagi menentang Malayan Union. Tetapi PKMM kemudian keluar Umno kerana mendapati Umno hanya berminat untuk mempertahankan kedudukan penguasa-penguasa Melayu ketika itu. PKMM memimpin gabungan pertubuhan Melayu termasuk parti Islam, Hizbul Muslimin bernama Pusat Tenaga Rakyat (Putera). Gabungan ini bekerjasama dengan Majlis Tindakan Bersama Seluruh Malaya (AMCJA) yang di dalamnya ada Kesatuan Demokratik Malaya (MDU), MIC dan lain-lain pertubuhan sokongan PKM. Putera-AMCJA mampu membawa negara kepada kemerdekaan kerana sifat pelbagai kaumnya. Britain nasihatkan Datuk Onn supaya Umno dibuka untuk pelbagai kaum bagi menyaingi Putera-AMCJA. Umno enggan dan Datuk Onn keluar dengan menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP). Beliau gagal dalam pilihan raya. Terdahulu itu, Putera-AMCJA juga terbubar kerana Darurat. Perikatan Umno-MCA mengisi kekosongan politik ini. Apa yang membolehkan Britain memberikan kemerdekaan kepada Malaya ialah perubahan parti pemerintah di sana iaitu daripada Parti Konservatif kepada Buruh. Sejak itu, Parti Buruh bergantian menjadi kerajaan. Sehinggalah tahun 2010, Parti Konservatif terpaksa memerintah secara kerajaan campuran dengan Parti Liberal-Demokratik. Sementara Umno terus memerintah Malaya dan kemudian Malaysia melalui Perikatan, dan kemudiannya Barisan Nasional. Umno masih memerintah tapi buat pertama kali kehilangan lima negeri pada tahun 2008. Britain dan Jepun berubah dengan cara masing-masing mengikut sistem mereka. Malaysia juga akan mengalami perubahan, Umno juga perlu melalui proses kehilangan kuasa. Website Design Brisbane
|




















Dalam politik, begitu juga dengan kehidupan itu sendiri, ada masa turun dan naik. Sementara pegangan seseorang juga boleh berubah dari masa ke semasa mengikut keadaan apa yang mempengaruhinya.
Kalau melihat sejarah politik bukan saja di Malaysia, perubahan sikap politik tokoh ada kalanya berubah. Itu bukanlah sesuatu keanehan. Penyokong juga berubah.



