| Nasharudin Mat Isa digugur anggotai Majlis Syura Ulama PAS,Kekal Ahli PAS. |
| Berita |
| Written by Editor Warta |
| Saturday, 26 January 2013 14:04 |
|
Majlis Syura Ulama PAS juga mendapati tindak tanduk Nasharudin kebelakangan ini telah menimbulkan fitnah bagi jamaah, di samping bercanggah dengan kaedah-kaedah dan pendirian yang dibuat oleh parti, tegasnya kepada Harakah 25 Januari lalu. Bagaimanapun, tegas Ustaz Nik Zawawi, keahlian Nasharudin dalam PAS masih dikekalkan, tetapi kedudukannya sebagai ahli biasa sahaja. Ustaz Nik Zawawi yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat menjelaskan, keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura Ulama PAS hanya menggugurkan beliau sebagai ahli Majlis Syura Ulama PAS, bukannya menggugurkan beliau daripada parti. Website Design Brisbane
|























