Warta Utara Online

Artikel

Jangan alpa dalam melayari laman sesawang

Oleh Nurul Atiekah Zulkifli

Apabila berbicara mengenai dunia tanpa sempadan perkataan yang terlintas di benak fikiran kita ialah internet.Namun, ramai yang masih hanyut dan terlalu taksub dengan penggunaan internet sehingga sampai satu tahap mereka lupa ianya membawa kepada kemudaratan yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat dan negara.

Perkara yang paling dikhuatiri, ia melibatkan golongan muda yang merupakan perintis bagi negara dalam menerajui pemerintahan pada masa depan.Melalui teknologi siber, pelbagai kes sering dipaparkan disebabkan penyalahgunaan media baru ini antaranya fitnah, hasutan, fonografi, penyebaran maklumat yang tidak benar dan menceroboh peribadi individu serta isu sosial lain yang berkaitan internet.

Hal ini memberi gambaran kepada kita betapa mudahnya manusia dipengaruhi kecanggihan teknologi.

Persoalannya di sini penggunaan teknologi yang diberikan itu tidak salah sama sekali tetapi penggunanya yang harus memikirkan baik buruk sebelum mengambil segala maklumat yang diterima sebaik mungkin atau sebaliknya.

Perkara ini merujuk kepada satu artikel sebuah akhbar Melayu yang bertajuk didik remaja, belia etika guna internet yang dikongsi bagi mencari punca dan penyelesaian terhadap penggunaan internet.

Budaya penyalahgunaan internet bukan fenomena baru tetapi ia menjadi virus merbahaya yang merebak dan perlu diberi penekanan yang serius secara keseluruhan.

Penggunaan internet ini datang dengan pakej yang cepat dan mudah namun kelebihan teknologi yang diberikan perlu digunakan secara beretika.

Interaksi antara manusia bersifat secara global dan tidak terbatas dalam cara perhubungan dan penyampaian maklumat ini perlu diteliti dan pendedahan ilmu penggunaan internet kepada masyarakat agar lebih bertanggungjawab.

Masyarakat harus lebih matang dan kesedaran bagi mengelakkan perkara yang boleh mengganggu pemikiran masyarakat.

Masalah yang timbul ini kian membimbangkan dan semua pihak berperanan dalam mengatasi masalah ini agar tidak menjadi lebih teruk.

Mungkin fungsi teknologi itu sangat luas sehingga semua dapat memperolehi maklumat yang mereka inginkan tetapi perkara menjadi barah dalam masyarakat apabila teknologi canggih ini disalahgunakan.

Mengapa perkara sebegini terjadi? Semua pihak saling menunding jari menyalahkan pihak lain sedangkan jika kita berbalik kepada wawasan 2020 sendiri menggalakkan masyarakat yang beilmu dan celik IT.

Misi kerajaan dalam merealisasikan impian untuk membina negara maju tidak akan tercapai jika masalah ini tidak dibendung dengan segera.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/jangan-alpa-dalam-melayari-laman-sesawang-nurul-atiekah-zulkifli#sthash.UsAVSStf.dpuf

Login Form

Global

  • Penumpang penerbangan terima bil internet RM4,016

    SINGAPURA – Seorang ahli perniagaan warga Kanada terkejut apabila mendapati dia dikenakan bayaran penggunaan wi-fi hampir mencecah AS$1,200 (RM4,016) sewaktu menaiki pesawat milik syarikat penerbangan Singapura.

    Lelaki tersebut, Jeremy Gutsche yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Trend Hunter berkata, bayaran yang dikenakan oleh penerbangan Singapore Airlines itu amat keterlaluan terutama kepada penumpang yang memerlukan talian internet untuk menyelesaikan tugasan atau menghabiskan masa dalam perjalanan jauh.

    Baca selanjutnya...

IKLAN

Pelawat

1.png1.png6.png8.png8.png9.png
Today369
Yesterday577
This week3645
This month12373
Total116889

Visitor Info

  • Browser: unknown
  • Browser Version: unknown
  • Operating System: unknown

Who Is Online

12
Online

Sabtu, 22 November 2014 17:56
Powered by CoalaWeb

Who Online

Kami mempunyai 42 Para tetamu dan tiada rakan dalam talian

Berita Bergambar

 istana

Galeri Video Warta