Warta Utara Online

Artikel

Pakatan Perak terus mara

Oleh MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR

IPOH: Pakatan Rakyat Perak terus komited untuk bergerak seiring bagi membawa dan menjelmakan harapan rakyat negeri itu.Pengerusi Pakatan Rakyat Perak, Dato’ Seri Nizar Jamaluddin berkata, gabungan kerjasama politik itu akan terus memacu gerak kerja bersama ke arah menguasai kerajaan di Perak pada PRU14 nanti.

Menurutnya, walaupun ada sedikit kemelut dan konflik di peringkat Pakatan Rakyat pusat, namun kerjasama antara PAS, DAP dan Ke- ADILan di ne geri tersebut tidak terkesan dengan suasana tersebut.

“Wa l aupun ada sikit kemelut di pusat, namun Pakatan Rakyat Perak masih ke rap bermesyuarat dan membincangkan apa jua isu yang berbangkit.

“Malah kami setakat ini telah berjaya mengadakan mesyuarat sebanyak 60 kali, melibatkan pimpinan ketiga-tiga parti,” katanya 18 Oktober lalu mengulas perkemba ngan Pakatan di ne geri Perak.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak itu berkata, Pakatan kerap bertemu de ngan mengadakan mesyuarat sebanyak dua kali sebulan un tuk membincangkan program dan halu tuju bersama.

Kata beliau, pimpinan ketiga-tiga parti duduk semeja membincangkan apa jua isu termasuklah yang sensitif seterusnya mencari solusi terbaik bagi menyelesaikannya.

Dalam pada itu, Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria mengharapkan ker jasama erat itu dapat dipraktikkan di semua peringat sama ada di kawasankawasan, cawangan-cawangan mahupun di peringkat negeri lain.

Login Form

Global

  • Israel tunduk tekanan 
bayar cukai Palestin

    RAMALLAH – Israel akhirnya tunduk kepada tekanan memulangkan semua cukai yang dikutip untuk Pihak Berkuasa Palestin (PA) membabitkan ratusan juta dolar yang dibekukan rejim Zionis itu sebagai bantahan kepada tindakan Palestin untuk menjadi anggota Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

    Perdana Menteri, Rami Hamdallah dalam satu kenyataan semalam, berkata, Israel berjanji dalam satu mesyuarat dengan pegawai Palestin untuk menyerahkan hasil kutipan cukai di antara Disember dan Mac yang bernilai hampir setengah bi­lion dolar.

    Baca selanjutnya...

IKLAN

Pelawat

Today232
Yesterday309
This week2315
This month4991
Total139628

Ahad, 19 April 2015 17:26
Powered by CoalaWeb

Who Online

Kami mempunyai 21 Para tetamu dan tiada rakan dalam talian

Berita Bergambar